Perbezaan susu ibu dengan susu formula @ susu lembu ?
1- ANTIBODI
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi.
Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi .
Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu
terutama antara hari awal kelahiran. Manfaat yang diterima bayi akan
terserlah dari hari ke hari.
2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan
kasein yang tinggi. Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang
berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di
dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak
selesa dan kembung perut.
3. KANDUNGAN GULA
Susu ibu
mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding
4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang
mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat
bayi kita .
4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium
dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna
dengan baik. Fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap
kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan bayi terdedah
dengan risiko tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.
5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana
susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit
anemia (kekurangan darah).
Kenapa susu ibu ada bila mengandung saja?
Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes
oleh kelenjar pituitari di otak yang akan merangsang payudara untuk
menghasilkan susu.
Semasa mengandung , hormon-hormon
mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh
plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin.
Sebaik
sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan
hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan
terus meningkat .
Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.