3 JENIS ANEMIA YANG IBU HAMIL TAK TAU
Anemia terjadi apabila darah kita tidak cukup sel darah merah untuk
bawa oksiden ke tisu badan kita. Ibu hamil juga berisiko untuk dapat
anemia.
Semasa hamil, badan kita hasilkan lebih darah untuk
bantu perkembangan bayi dalam kandungan. Apa yang bantu ibu hamil untuk
hasilkan lebih darah? pastinya nutrien penting dalam pemakanan termasuk
zat besi dan nutrien lain. Jika ibu hamil tidak dapat zat-zat itu, maka badan tidak dapat hasilkan darah yang lebih.
Jangan takut jika anda hamil dan mempunyai anemia. Anemia sederhana
adalah normal. Namun begitu, ibu hamil berisiko menghadapi anemia yang
lebih teruk jika kekurangan zat besi dan nutrien lain.
Anemia
akan menyebabkan ibu hamil mudah penat dan lemah. Jika ia tidak diatasi
segera, ia mampu menyebabkan komplikasi lebih teruk seperti kelahiran
bayi pra-matang.
Terdapat 3 Jenis Anemia Ketika Hamil
Anemia kekurangan Zat Besi
Anemia kekurangan Folate
Anemia kekurangan Vitamin B12
1. Anemia kekurangan Zat Besi
Anemia jenis ini berlaku apabila ibu hamil tidak mendapat zat besi
untuk hasilkan cukup hemoglobin dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis
protein dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen dari paru-paru ke
seluruh bahagian badan.
Anemia kekurangan Zat Besi menyebabkan darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup ke tisu badan.
Anemia jenis ini adalah yang paling banyak berlaku kepada ibu hamil .
2. Anemia kekurangan Folate.
Folate atau nama yang sering kita biasa dengar adalah Asid Folik. Asid
Folik adalah sejenis Vitamin B. Badan memerlukan folate untuk
menghasilkan sel-sel baru termasuk sel-sel darah merah yang sihat.
Semasa hamil, wanita memerlukan folate yang lebih, biasanya tidak cukup
dengan sekadar dari diet sehari-hari. Disebabkan ini juga, badan kita
tak boleh hasilkan sel darah merah yang cukup untuk bawa oksigen ke tisu
seluruh badan.
Kekurangan folate juga boleh menyebabkan
kecacatan pada kelahiran bayi seperti saluran tiub saraf tidak normal
(spina bifida) dan bayi kurang berat.
3. Anemia kekurangan Vitamin B12
Badan kita perlukan Vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang
sihat. Seorang wanita mengandung yang tidak mendapat Vitamin B12 yang
cukup tidak dapat hasilkan sel darah merah yang cukup. Biasanya ia
berisiko kepada wanita yang tidak makan daging, makanan tenusu dan
telur. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dan kelahiran
pra-matang/ tidak cukup bulan.
Wanita yang mempunyai risiko yang lebih mengalami Anemia :
Wanita yang mengandung kembar
Wanita yang jarak mengandung dekat dengan terdahulu
Wanita yang kerap muntah kerana alahan
Wanita remaja yang mengandung
Wanita yang tidak makan makanan yang cukup dengan zat besi
Wanita yang ada anemia sebelum mengandung lagi