Monday 3 March 2014

INTIPATI VIVIX



 
Apakah kandungan sebenar dalam sebotol Vivix?
Ada 4 jenis buah termasuk tumbuhan:
1. Anggur Muskat
Anggur Muskat dan bijinya merupakan salah satu daripada sumber2 terbaik yang bersifat antioksidan dan mempunyai anti-radang. Ia juga turut dikenali sebagai Anggur No 1 di Amerika. Ianya jauh lebih besar daripada buah anggur itu subur di kawasan Tenggara AS
yang beriklim panas. Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah.. Buah ini dikatakan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi.

 Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.
Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine).
2. Elderberry
Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.
3. Lobak Ungu
Lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
4. Polygonum Cuspidatum
Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Noris (012-9620602)
Shaklee Independent Distributor (845715)
COD: Kuala Rompin dan Endau
COURIER: Seluruh Malaysia.