Monday 10 March 2014

JOM MAKAN VITAMIN

Kebanyakan kita dah tahu kenapa kita perlu mengambil supplement atau makanan tambahan atau lebih mudah disebut vitamin setiap hari. Atau anda masih ragu atau belum tahu? Ok kalau belum tahu, boleh baca kenapa kita perlu ambil vitamin.

Antara sebab kenapa badan kita perlukan vitamin/supplemen :

1. Badan kita perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi, kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang sepatutnya.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh itu kita sangat memerlukan vitamin tambahan yang tidak dapat dibekalkan oleh makanan seharian kita yang tidak seimbang tadi. Ohh mungkin juga anda keliru antara ubat dan vitamin? Sangat berbeza ye, ubat diambil ketika kita sakit, manakala vitamin adalah keperluan untuk orang yang sihat. Apakah yang membezakan antara vitamin dan ubat? Yang paling jelas ialah, supplement merupakan KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata kalau tak sakit, kita tak ambil ubat.