Saturday 15 March 2014

GARLIC COMPLEX

Khasiat BAWANG PUTIH sebagai ANTIBIOTIK SEMULAJADI!
**********************************************************

Bawang putih adalah satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih turut melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.

Di Shaklee, kami mempunyai SUPLEMEN BAWANG PUTIH, yang dikenali sebagai SHAKLEE GARLIC COMPLEX. Ianya di dalam bentuk tablet, dan lebih mudah untuk dimakan, berbanding dengan menelan segugus bawang putih yang mentah! Jadi, bagi anda yang inginkan khasiat bawang putih semulajadi, namun tidak mahu menelan bawang putih yang asli, boleh mencuba suplemen bawang putih Shaklee, iaitu Garlic Complex!

CANTIK DENGAN VITAMIN

VITAMIN UNTUK CANTIK:
===============
Vitamin E

✔ Mengecilkan liang pori menjadikan kulit lebih halus
✔ Menghilangkan bekas jerawat, parut dan jeragat
✔ Melambatkan penuaan sel menjadikan kulit awet muda
✔ Mengurangkan kedutan bawah mata
✔ Mencerahkan tona kulit

Vitamin C

✔ Bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.
✔ Melindung dan membaiki kulit.
✔ Penting dalam sintesis kolagen.

B-complex

✔ Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain.
✔ Membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat.
✔ Mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Boleh ADD ON GLA complex dan Energizing Soy Protein (ESP) untuk kesan yang LAGI HEBAT & MENAKJUBKAN!!

* GLA COMPLEX: membantu menstabilkan hormon, maka tubuh badan akan lebih stabil dan kulit lebih sihat
KLIK DISINI untuk maklumat lanjut.

* ESP: membekalkan protein yang berkualiti tinggi; protein penting untuk regenerasi sel-sel kulit agar sentiasa segar dan sihat.

Noris (012-9620602)
Shaklee Independent Distributor
COD:Kuala Rompin dan ENdau
COURIER: Seluruh Malaysia

Monday 10 March 2014

ANEMIA

3 JENIS ANEMIA YANG IBU HAMIL TAK TAU

Anemia terjadi apabila darah kita tidak cukup sel darah merah untuk bawa oksiden ke tisu badan kita. Ibu hamil juga berisiko untuk dapat anemia.

Semasa hamil, badan kita hasilkan lebih darah untuk bantu perkembangan bayi dalam kandungan. Apa yang bantu ibu hamil untuk hasilkan lebih darah? pastinya nutrien penting dalam pemakanan termasuk zat besi dan nutrien lain. Jika ibu hamil tidak dapat zat-zat itu, maka badan tidak dapat hasilkan darah yang lebih.

Jangan takut jika anda hamil dan mempunyai anemia. Anemia sederhana adalah normal. Namun begitu, ibu hamil berisiko menghadapi anemia yang lebih teruk jika kekurangan zat besi dan nutrien lain.

Anemia akan menyebabkan ibu hamil mudah penat dan lemah. Jika ia tidak diatasi segera, ia mampu menyebabkan komplikasi lebih teruk seperti kelahiran bayi pra-matang.

Terdapat 3 Jenis Anemia Ketika Hamil

Anemia kekurangan Zat Besi
Anemia kekurangan Folate
Anemia kekurangan Vitamin B12

1. Anemia kekurangan Zat Besi

Anemia jenis ini berlaku apabila ibu hamil tidak mendapat zat besi untuk hasilkan cukup hemoglobin dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.

Anemia kekurangan Zat Besi menyebabkan darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup ke tisu badan.

Anemia jenis ini adalah yang paling banyak berlaku kepada ibu hamil .

2. Anemia kekurangan Folate.

Folate atau nama yang sering kita biasa dengar adalah Asid Folik. Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Badan memerlukan folate untuk menghasilkan sel-sel baru termasuk sel-sel darah merah yang sihat.

Semasa hamil, wanita memerlukan folate yang lebih, biasanya tidak cukup dengan sekadar dari diet sehari-hari. Disebabkan ini juga, badan kita tak boleh hasilkan sel darah merah yang cukup untuk bawa oksigen ke tisu seluruh badan.

Kekurangan folate juga boleh menyebabkan kecacatan pada kelahiran bayi seperti saluran tiub saraf tidak normal (spina bifida) dan bayi kurang berat.

3. Anemia kekurangan Vitamin B12

Badan kita perlukan Vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Seorang wanita mengandung yang tidak mendapat Vitamin B12 yang cukup tidak dapat hasilkan sel darah merah yang cukup. Biasanya ia berisiko kepada wanita yang tidak makan daging, makanan tenusu dan telur. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dan kelahiran pra-matang/ tidak cukup bulan.

Wanita yang mempunyai risiko yang lebih mengalami Anemia :

Wanita yang mengandung kembar
Wanita yang jarak mengandung dekat dengan terdahulu
Wanita yang kerap muntah kerana alahan
Wanita remaja yang mengandung
Wanita yang tidak makan makanan yang cukup dengan zat besi
Wanita yang ada anemia sebelum mengandung lagi

JOM MAKAN VITAMIN

Kebanyakan kita dah tahu kenapa kita perlu mengambil supplement atau makanan tambahan atau lebih mudah disebut vitamin setiap hari. Atau anda masih ragu atau belum tahu? Ok kalau belum tahu, boleh baca kenapa kita perlu ambil vitamin.

Antara sebab kenapa badan kita perlukan vitamin/supplemen :

1. Badan kita perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi, kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang sepatutnya.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh itu kita sangat memerlukan vitamin tambahan yang tidak dapat dibekalkan oleh makanan seharian kita yang tidak seimbang tadi. Ohh mungkin juga anda keliru antara ubat dan vitamin? Sangat berbeza ye, ubat diambil ketika kita sakit, manakala vitamin adalah keperluan untuk orang yang sihat. Apakah yang membezakan antara vitamin dan ubat? Yang paling jelas ialah, supplement merupakan KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata kalau tak sakit, kita tak ambil ubat.

SUSU

Perbezaan susu ibu dengan susu formula @ susu lembu ?

1- ANTIBODI
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi.
Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu terutama antara hari awal kelahiran. Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari.

2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan kasein yang tinggi. Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembung perut.

3. KANDUNGAN GULA
Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan bayi terdedah dengan risiko tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah).

Kenapa susu ibu ada bila mengandung saja?
Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu.

Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin.

Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat .

Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.

hyperhidrosis

Hyperhidrosis..berpeluh melampau?

Ada dikalangan kita yang menghidap penyakit ini tetapi tidak menyedari apakah penyakit yang dihidapinya.
Teringat saya kepada kawan lama masa di universiti dulu..perempuan..tangan dia berpeluh sentiasa, waktu panas, dalam air-cond pun.

Harini ada pengguna Shaklee yang berkongsi pengalaman beliau:

Pengalaman beliau membuatkan saya makin nak tahu apakah hyperhidrolisis.
Hasil google,inilah yg saya dapat.Saya kongsikan dengan anda ye.

Hyperhidrosis ini merujuk kepada penyakit di mana seseorang itu mengalami peluh yang berlebihan. Peluh ini tidak berkaitan dengan senaman yang kita lakukan. Sememangnya kebiasaan bagi kita berpeluh apabila berasa gementar atau takut. Namun bagi penghidap penyakit ini mereka akan mengalami peluh yang terlampau banyak sehingga boleh menitis. Walaupun penyakit ini tidak dikategorikan sebagai penyakit berbahaya namun ia memberi kesan psikologi kepada penghidapnya. Mereka akan berasa segan dan malu untuk bercampur dengan orang lain. Hal ini akan menyebabkan mereka sentiasa menyendiri dan mengalami tekanan

4 bahagian utama berlakunya hyperhidrosis:
muka
tangan
kaki
ketiak

Punca penyakit hyperhidrosis : Punca sebenar tidak diketahui dengan tepat.

Kemungkinan disebabkan penyakit ekrin kalenjar peluh di seluruh badan tatapi paling banyak di tapak tangan dan kaki.
aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal.
warisan keluarga. (hyperhidrosis boleh diwarisi)

Rawatan :

> ubat anti peluh.(ada kesan sampingan)

> ubat makan yang mengandungi ejen anti kolinergik.(ada kesan sampingan)

> kaedah pengionan.

> suntikan Botulinum Toksin A.

> Pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS). (99 peratus berkesan
pada masalah tangan,90 peratus ketiak berpeluh,dan kaki 70 peratus).

Jika anda ingin mencuba vitamin,seperti kawan kita dalam testimoni di atas, anda boleh ambil ini:

Vitamin B
Semua vitamin B, seperti B12, B6, B5 dan asid folik, membantu untuk mengurangkan peluh. Vitamin B mengurangkan berpeluh kerana ia membantu badan menyingkirkan sisa toksin darah dan dibuang melalui air kencing. Orang yang sangat toksik cenderung untuk berpeluh banyak kerana badan cuba untuk membuang toksin melalui kulit. Walau bagaimanapun, apabila sistem dalaman berfungsi dengan baik seseorang secara semula jadi akan berpeluh kurang kerap. Minum air, makan makanan yang sihat, dan mengambil vitamin B boleh membantu mengurangkan beban toksik pada sistem. Vitamin B boleh diambil dalam bentuk tambahan atau mereka boleh didapati dalam pelbagai makanan seperti pisang, telur, kacang dan sayur-sayuran hijau.

Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin yang menakjubkan atas sebab-sebab yang begitu banyak. Pertama sekali, vitamin C meningkatkan sistem imun, menjadikannya lebih mudah untuk melawan jangkitan dan virus. Vitamin C juga membantu untuk mendetoksifikasi badan. Toksin ditolak keluar melalui saluran penghapusan. Apabila toksin dikumuhkan seperti yang sepatutnya, badan akan berpeluh kurang kerap. Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan sitrus, lada hijau dan bijirin. Anda juga boleh mengambil vitamin ini dalam bentuk tambahan. Untuk hasil yang ketara mengambil 500 mg atau lebih vitamin C setiap hari.

Kalsium dan Magnesium
Apabila kalsium dan magnesium diambil bersama-sama kedua-dua vitamin ini boleh membantu mengurangkan berpeluh. Satu kekurangan magnesium dalam diet telah ditunjukkan menyebabkan bau badan dan peluh berlebihan. Walau bagaimanapun, magnesium memerlukan jumlah yang betul kalsium dalam perintah yang diserap dengan berkesan oleh badan. Kalsium dan magnesium perlu diambil bersama-sama untuk hasil yang terbaik. Kalsium juga boleh didapati dalam susu dan lobak merah, dan magnesium terdapat dalam banyak sayur-sayuran hijau ikan, dan telur.

Zinc
Zink juga vitamin yang indah. Ia membantu untuk mengekalkan fungsi adrenal biasa. Zink telah ditunjukkan dapat membantu mereka yg mempunyai jerawat. Kekurangan zink boleh membawa kepada masalah seperti nafas berbau, bau badan dan jerawat yang teruk. Zink membantu untuk membantu metabolisme. Ambil 50 mg zink setiap hari bersama-sama dengan makanan keseluruhan pelbagai vitamin dan mineral tambahan.

PENTINGNYA PROTEIN

Protein tu apa?

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. Antara kepentingan protein yang lain adalah

Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
Menyihatkan jantung badan supaya kekal aktif
Meningkankan sistem imunisasi badan
Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein dengan lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan. Sangat banyak dan banyak juga orang yang tak dapat ikutinya. Kalau di Malaysia, kita suka ambil ‘lemak’ dari protein. typical health isues!

Bagaimana protein mempengaruhi berat badan?

Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalan kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar. Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar. Kepentingan lain protein adalah ia akan meninggakatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Protein juga membantu dalam pengawlan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gula dalam badan

PROTEIN MENJADI IBU SEL PADA SEL2 DLM TUBUH KITA..adakah protein dari pengambilan makanan harian kita mencukupi?

ESP adalah soy protein bagi melengkapi protein di dalam badan kita.

Sempena promosi ESP ni,jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ESP okeh

THALASSEMIA

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia. Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B complex. Menurut pembacaan saya, Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah. Magnesium and vitamin D juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.Selain dari ini, Energizing Soy Protein juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu :

Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Tanda dan gejala penyakit Talasemia :

Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Jaundis
Tumbesaran terbantut
Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia :

Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Wednesday 5 March 2014

KEPENTINGAN VITAMIN C



 Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh:
  • sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan
  • termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu,
  • fungsi kilang adrenal
  • untuk gusi yang sihat. 
  • Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , 
  • diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.

Tuesday 4 March 2014

NYAH TOKSIN DAN DETOX PERUT ANDA




Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. 

Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting SEBELUM mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Monday 3 March 2014

INTIPATI VIVIX



 
Apakah kandungan sebenar dalam sebotol Vivix?
Ada 4 jenis buah termasuk tumbuhan:
1. Anggur Muskat
Anggur Muskat dan bijinya merupakan salah satu daripada sumber2 terbaik yang bersifat antioksidan dan mempunyai anti-radang. Ia juga turut dikenali sebagai Anggur No 1 di Amerika. Ianya jauh lebih besar daripada buah anggur itu subur di kawasan Tenggara AS

Sunday 2 March 2014

ESP (ENERGISING SOY PROTEIN)




-----------------------------------------------
Apa itu Energising Soy protein (ESP)~
-----------------------------------------------
✔ Energizing Soy Protein yang Terbaik
✔ Memberikan Tenaga yang BERPANJANGAN pada TUBUH

KEPENTINGAN VITAMIN C



FUNGSI
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.
SUMBER
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.
KEKURANGAN
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
·        Lemah badan.
·        Sakit-sakit dan sengal badan.
·        Bengkak gusi.
·        Hidung berdarah.
·        Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
·        Anemia
Sustained Release Vita-CTM 500 mg 180 tablets = RM 74 Bekalan Vitamin C secara Semulajadi Badan anda berupaya mampu melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi: * Kandungan Vitamin C yang tinggi. * Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam. * Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

Saturday 1 March 2014

KEUNIKAN VITAMIN C


Vitamin C berkelebihan dalam menghasilkan kolagen pada kulit, melindungi gigi dan tulang serta membaiki kerosakan pada badan, terutamanya jika seorang itu merokok.

NUTRIFERON PERISAI TUBUH




Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
 Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. 

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan
Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.