Saturday 15 March 2014

GARLIC COMPLEX

Khasiat BAWANG PUTIH sebagai ANTIBIOTIK SEMULAJADI!
**********************************************************

Bawang putih adalah satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih turut melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.

Di Shaklee, kami mempunyai SUPLEMEN BAWANG PUTIH, yang dikenali sebagai SHAKLEE GARLIC COMPLEX. Ianya di dalam bentuk tablet, dan lebih mudah untuk dimakan, berbanding dengan menelan segugus bawang putih yang mentah! Jadi, bagi anda yang inginkan khasiat bawang putih semulajadi, namun tidak mahu menelan bawang putih yang asli, boleh mencuba suplemen bawang putih Shaklee, iaitu Garlic Complex!

CANTIK DENGAN VITAMIN

VITAMIN UNTUK CANTIK:
===============
Vitamin E

✔ Mengecilkan liang pori menjadikan kulit lebih halus
✔ Menghilangkan bekas jerawat, parut dan jeragat
✔ Melambatkan penuaan sel menjadikan kulit awet muda
✔ Mengurangkan kedutan bawah mata
✔ Mencerahkan tona kulit

Vitamin C

✔ Bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.
✔ Melindung dan membaiki kulit.
✔ Penting dalam sintesis kolagen.

B-complex

✔ Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain.
✔ Membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat.
✔ Mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Boleh ADD ON GLA complex dan Energizing Soy Protein (ESP) untuk kesan yang LAGI HEBAT & MENAKJUBKAN!!

* GLA COMPLEX: membantu menstabilkan hormon, maka tubuh badan akan lebih stabil dan kulit lebih sihat
KLIK DISINI untuk maklumat lanjut.

* ESP: membekalkan protein yang berkualiti tinggi; protein penting untuk regenerasi sel-sel kulit agar sentiasa segar dan sihat.

Noris (012-9620602)
Shaklee Independent Distributor
COD:Kuala Rompin dan ENdau
COURIER: Seluruh Malaysia

Monday 10 March 2014

ANEMIA

3 JENIS ANEMIA YANG IBU HAMIL TAK TAU

Anemia terjadi apabila darah kita tidak cukup sel darah merah untuk bawa oksiden ke tisu badan kita. Ibu hamil juga berisiko untuk dapat anemia.

Semasa hamil, badan kita hasilkan lebih darah untuk bantu perkembangan bayi dalam kandungan. Apa yang bantu ibu hamil untuk hasilkan lebih darah? pastinya nutrien penting dalam pemakanan termasuk zat besi dan nutrien lain. Jika ibu hamil tidak dapat zat-zat itu, maka badan tidak dapat hasilkan darah yang lebih.

Jangan takut jika anda hamil dan mempunyai anemia. Anemia sederhana adalah normal. Namun begitu, ibu hamil berisiko menghadapi anemia yang lebih teruk jika kekurangan zat besi dan nutrien lain.

Anemia akan menyebabkan ibu hamil mudah penat dan lemah. Jika ia tidak diatasi segera, ia mampu menyebabkan komplikasi lebih teruk seperti kelahiran bayi pra-matang.

Terdapat 3 Jenis Anemia Ketika Hamil

Anemia kekurangan Zat Besi
Anemia kekurangan Folate
Anemia kekurangan Vitamin B12

1. Anemia kekurangan Zat Besi

Anemia jenis ini berlaku apabila ibu hamil tidak mendapat zat besi untuk hasilkan cukup hemoglobin dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.

Anemia kekurangan Zat Besi menyebabkan darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup ke tisu badan.

Anemia jenis ini adalah yang paling banyak berlaku kepada ibu hamil .

2. Anemia kekurangan Folate.

Folate atau nama yang sering kita biasa dengar adalah Asid Folik. Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Badan memerlukan folate untuk menghasilkan sel-sel baru termasuk sel-sel darah merah yang sihat.

Semasa hamil, wanita memerlukan folate yang lebih, biasanya tidak cukup dengan sekadar dari diet sehari-hari. Disebabkan ini juga, badan kita tak boleh hasilkan sel darah merah yang cukup untuk bawa oksigen ke tisu seluruh badan.

Kekurangan folate juga boleh menyebabkan kecacatan pada kelahiran bayi seperti saluran tiub saraf tidak normal (spina bifida) dan bayi kurang berat.

3. Anemia kekurangan Vitamin B12

Badan kita perlukan Vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Seorang wanita mengandung yang tidak mendapat Vitamin B12 yang cukup tidak dapat hasilkan sel darah merah yang cukup. Biasanya ia berisiko kepada wanita yang tidak makan daging, makanan tenusu dan telur. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dan kelahiran pra-matang/ tidak cukup bulan.

Wanita yang mempunyai risiko yang lebih mengalami Anemia :

Wanita yang mengandung kembar
Wanita yang jarak mengandung dekat dengan terdahulu
Wanita yang kerap muntah kerana alahan
Wanita remaja yang mengandung
Wanita yang tidak makan makanan yang cukup dengan zat besi
Wanita yang ada anemia sebelum mengandung lagi

JOM MAKAN VITAMIN

Kebanyakan kita dah tahu kenapa kita perlu mengambil supplement atau makanan tambahan atau lebih mudah disebut vitamin setiap hari. Atau anda masih ragu atau belum tahu? Ok kalau belum tahu, boleh baca kenapa kita perlu ambil vitamin.

Antara sebab kenapa badan kita perlukan vitamin/supplemen :

1. Badan kita perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi, kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang sepatutnya.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh itu kita sangat memerlukan vitamin tambahan yang tidak dapat dibekalkan oleh makanan seharian kita yang tidak seimbang tadi. Ohh mungkin juga anda keliru antara ubat dan vitamin? Sangat berbeza ye, ubat diambil ketika kita sakit, manakala vitamin adalah keperluan untuk orang yang sihat. Apakah yang membezakan antara vitamin dan ubat? Yang paling jelas ialah, supplement merupakan KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata kalau tak sakit, kita tak ambil ubat.

SUSU

Perbezaan susu ibu dengan susu formula @ susu lembu ?

1- ANTIBODI
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi.
Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu terutama antara hari awal kelahiran. Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari.

2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan kasein yang tinggi. Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembung perut.

3. KANDUNGAN GULA
Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan bayi terdedah dengan risiko tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah).

Kenapa susu ibu ada bila mengandung saja?
Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu.

Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin.

Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat .

Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.

hyperhidrosis

Hyperhidrosis..berpeluh melampau?

Ada dikalangan kita yang menghidap penyakit ini tetapi tidak menyedari apakah penyakit yang dihidapinya.
Teringat saya kepada kawan lama masa di universiti dulu..perempuan..tangan dia berpeluh sentiasa, waktu panas, dalam air-cond pun.

Harini ada pengguna Shaklee yang berkongsi pengalaman beliau:

Pengalaman beliau membuatkan saya makin nak tahu apakah hyperhidrolisis.
Hasil google,inilah yg saya dapat.Saya kongsikan dengan anda ye.

Hyperhidrosis ini merujuk kepada penyakit di mana seseorang itu mengalami peluh yang berlebihan. Peluh ini tidak berkaitan dengan senaman yang kita lakukan. Sememangnya kebiasaan bagi kita berpeluh apabila berasa gementar atau takut. Namun bagi penghidap penyakit ini mereka akan mengalami peluh yang terlampau banyak sehingga boleh menitis. Walaupun penyakit ini tidak dikategorikan sebagai penyakit berbahaya namun ia memberi kesan psikologi kepada penghidapnya. Mereka akan berasa segan dan malu untuk bercampur dengan orang lain. Hal ini akan menyebabkan mereka sentiasa menyendiri dan mengalami tekanan

4 bahagian utama berlakunya hyperhidrosis:
muka
tangan
kaki
ketiak

Punca penyakit hyperhidrosis : Punca sebenar tidak diketahui dengan tepat.

Kemungkinan disebabkan penyakit ekrin kalenjar peluh di seluruh badan tatapi paling banyak di tapak tangan dan kaki.
aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal.
warisan keluarga. (hyperhidrosis boleh diwarisi)

Rawatan :

> ubat anti peluh.(ada kesan sampingan)

> ubat makan yang mengandungi ejen anti kolinergik.(ada kesan sampingan)

> kaedah pengionan.

> suntikan Botulinum Toksin A.

> Pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS). (99 peratus berkesan
pada masalah tangan,90 peratus ketiak berpeluh,dan kaki 70 peratus).

Jika anda ingin mencuba vitamin,seperti kawan kita dalam testimoni di atas, anda boleh ambil ini:

Vitamin B
Semua vitamin B, seperti B12, B6, B5 dan asid folik, membantu untuk mengurangkan peluh. Vitamin B mengurangkan berpeluh kerana ia membantu badan menyingkirkan sisa toksin darah dan dibuang melalui air kencing. Orang yang sangat toksik cenderung untuk berpeluh banyak kerana badan cuba untuk membuang toksin melalui kulit. Walau bagaimanapun, apabila sistem dalaman berfungsi dengan baik seseorang secara semula jadi akan berpeluh kurang kerap. Minum air, makan makanan yang sihat, dan mengambil vitamin B boleh membantu mengurangkan beban toksik pada sistem. Vitamin B boleh diambil dalam bentuk tambahan atau mereka boleh didapati dalam pelbagai makanan seperti pisang, telur, kacang dan sayur-sayuran hijau.

Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin yang menakjubkan atas sebab-sebab yang begitu banyak. Pertama sekali, vitamin C meningkatkan sistem imun, menjadikannya lebih mudah untuk melawan jangkitan dan virus. Vitamin C juga membantu untuk mendetoksifikasi badan. Toksin ditolak keluar melalui saluran penghapusan. Apabila toksin dikumuhkan seperti yang sepatutnya, badan akan berpeluh kurang kerap. Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan sitrus, lada hijau dan bijirin. Anda juga boleh mengambil vitamin ini dalam bentuk tambahan. Untuk hasil yang ketara mengambil 500 mg atau lebih vitamin C setiap hari.

Kalsium dan Magnesium
Apabila kalsium dan magnesium diambil bersama-sama kedua-dua vitamin ini boleh membantu mengurangkan berpeluh. Satu kekurangan magnesium dalam diet telah ditunjukkan menyebabkan bau badan dan peluh berlebihan. Walau bagaimanapun, magnesium memerlukan jumlah yang betul kalsium dalam perintah yang diserap dengan berkesan oleh badan. Kalsium dan magnesium perlu diambil bersama-sama untuk hasil yang terbaik. Kalsium juga boleh didapati dalam susu dan lobak merah, dan magnesium terdapat dalam banyak sayur-sayuran hijau ikan, dan telur.

Zinc
Zink juga vitamin yang indah. Ia membantu untuk mengekalkan fungsi adrenal biasa. Zink telah ditunjukkan dapat membantu mereka yg mempunyai jerawat. Kekurangan zink boleh membawa kepada masalah seperti nafas berbau, bau badan dan jerawat yang teruk. Zink membantu untuk membantu metabolisme. Ambil 50 mg zink setiap hari bersama-sama dengan makanan keseluruhan pelbagai vitamin dan mineral tambahan.

PENTINGNYA PROTEIN

Protein tu apa?

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. Antara kepentingan protein yang lain adalah

Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
Menyihatkan jantung badan supaya kekal aktif
Meningkankan sistem imunisasi badan
Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein dengan lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan. Sangat banyak dan banyak juga orang yang tak dapat ikutinya. Kalau di Malaysia, kita suka ambil ‘lemak’ dari protein. typical health isues!

Bagaimana protein mempengaruhi berat badan?

Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalan kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar. Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar. Kepentingan lain protein adalah ia akan meninggakatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Protein juga membantu dalam pengawlan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gula dalam badan

PROTEIN MENJADI IBU SEL PADA SEL2 DLM TUBUH KITA..adakah protein dari pengambilan makanan harian kita mencukupi?

ESP adalah soy protein bagi melengkapi protein di dalam badan kita.

Sempena promosi ESP ni,jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ESP okeh